Iqra' : Formula Mudah Tajwid (Berserta Surah-Surah Lazim)
Publisher,Pustaka Azhar
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 200 g
No. of Pages, 112
Amalan membaca al-Quran merupakan suatu keper luan dan juga tanggung jawab secara fardhu ain kepada umat Islam untuk mahir membaca al-Quran, apatah lagi memahami dan mengamalkannya. Justeru itu, bukan sahaja isi al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia, malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan merupakan satu ibadat.
Menurut Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah me nyatakan bahawa "al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peringkat awal, kerana membaca al Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak". (Yusof Qaradhawi, 2010) menegaskan antara manfaat membaca dan menghafal al-Quran pada masa kanak-kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj hurufnya.
Kaedah Mudah Belajar al-Quran Iqra' merupakan kaedah yang mudah bagi kanak-kanak di peringkat awal untuk mengenal huruf dan mempelajari hukum-hukum tajwid berdasarkan kaedah BAGHDADIYAH yang sedia ada dan berpandukan penulisan RASM UTHMANI.