Islam Agama Wasatiy: Menanggapi Wasatiyyah dan Ekstremisme Menurut Pandangan Syarak
Publisher,Ilham Books
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Antara nikmat Allah SWT yang tidak terhingga ialah apabila Allah SWT menunjukkan kepada saya jalan wasatiyyah. Semenjak dahulu lagi saya berada dalam manhaj wasatiyyah. Aliran ini begitu serasi dengan fitrah dan pemikiran saya. Fahaman wasatiy amat bersesuaian dengan kefahaman Islam yang saya ambil dari sumbernya yang asli. Wasatiyyah juga bersesuaian dengan pemikiran semasa dan keperluan umat Islam masa kini. Malahan mereka dapat realisaikan dalam kehidupan mereka yang sentiasa berhubung dengan umat-umat lain serta dalam situasi dunia yang luas ini telah bertukar seolah-olah menjadi seperti sebuah perkampungan yang kecil. Aliran wasatiy merupakan aliran yang mewakili Islam sebenar dan kebaikan penganutnya. Aliran ini menerangkan kesederhanaan umat Islam dan tugas mereka sebagai saksi terhadap penyampaian iman dan peradaban kepada seluruh manusia. Saya telah mengorbankan diri dan umur saya di jalan wasatiy ini. Saya telah menafkahkan pemikiran dan perasaan saya pada jalan-Nya. Saya telah mengajak manusia ke arahnya dengan lisan dan pena sama ada ketika mengajar, berucap, memberi fatwa dan mendidik.