Islam dan Kenegaraan: Suatu Perbahasan Dalam Konteks Fiqh Malaysia
Publisher,Ilham Books
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages,
Perkembangan dunia semasa banyak mencorak suasana hari ini dalam konteks politik dan kenegaraan. Isu demokrasi menjadi asas kebangkitan dalam Arab Spring walaupun bercampur-aduk dengan ketidakpuasan hati pada kesempitan hidup yang dialami. Kebangkitan rakyat khususnya di negara umat Islam meletakkan tema-tema besar sebagai isu utama seperti, hak asasi manusia, prinsip perundangan, ketelusan dan tanggungjawab kepimpinan. Islam dalam konteks kebangkitan ini tidak ketinggalan dijadikan bahan perdebatan dalam persoalan samada ianya masih relevan atau tidak. Ada yang menganggap world-view Islam dalam kebangkitan ini perlu praktikal dan inklusif. Maka persoalan demokrasi, pluraliti dan hak asasi bukan pilihan tetapi satu kemestian dan terpulanglah isu-isu ini hendak dibentuk oleh kefahaman yang progresif dan inklusif. Buku ini cuba menjawab persoalan penting ini dalam konteks Fiqh Malaysia tanpa meninggalkan pengkalan world-view Islam.