Islam & Pemikiran Reformis Masa Hadapan: Mencerahkan Maqasid Yang Digelapkan
Publisher,ILHAM BOOKS
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 280 g
No. of Pages, 218
Selain mengupas konsep dan menggagaskan pembaharuan naratif seperti muwatinun, yakni muafakat dalam masyarakat plural, yang dahulunya dipopularkan melalui konsep li ta’arafu, pengarang turut mengimbau aliran pemikiran reformis Islam semasa, dan antara yang saya kira menarik dalam konteks masyarakat Malaysia adalah dengan mengaitkan persoalan konsep dengan kontroversi pelaksanaan hukum, konsep Negara Islam dan kalimah “Allah”.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Perkembangan islah dan tajdid tidak dapat dipisahkan dari proses pembaharuan pemikiran serta intelektual yang futuristik melangkaui zamannya. Maka, tidak dapat tidak, pasti akan ada golongan anak muda yang mewakili semangat zaman untuk menggalas amanah gelaran “agen perubahan masyarakat” lantas menjadikan mereka sebagai peneraju tajdidi-islahi. Buku Islam & Pemikiran Reformis Masa Hadapan: Mencerahkan Maqasid Yang Digelapkan adalah sebahagian daripada manifestasi anak muda yang ingin tampil dan mencorak perubahan dalam masyarakat.
MOHAMAD RAIMI AB RAHIM
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia
MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ kini merupakan Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Sebelumnya pernah menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLM) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga sebelum ini berkhidmat sebagai Peguambela dan Peguamcara khususnya dalam kes melibatkan hak asasi manusia dan kes litigasi kepentingan awam.