Islam Kata Isteri Bukan Bibik
Publisher,PTS PUBLICATIONS
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Rujukan Agama / Rujukan Agama - Lain-Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Isteri harus menyapu, mengemop, mencuci, menggosok, memasak, dan melakukan seluruh kerja rumah yang lain. Waktunya dihabiskan untuk pekerjaan sebanyak itu. Hasilnya, saat suami pulang, isteri sudah kelelahan dek pekerjaan hariannya sehingga tidak ada waktu untuk melayani suami dan anak-anak.
Jadi, apa sebenarnya peranan dan tanggungjawab seorang isteri dalam rumah tangga?
Apakah isteri perlu melakukan semua pekerjaan itu?
Bagaimana Al-Quran, As-Sunnah, dan para ulama memandang masalah ini? Ataupun adakah ini semata-mata kesalahan persepsi bangsa kita?
Buku ini akan mengajak kita menelusuri khazanah Islam secara lebih luas perihal seorang isteri, dengan merujuk kajian fiqh para ulama empat mazhab.
Suami kena sedar, isteri bukan bibik dan bukan orang gaji. Isteri adalah wanita yang dinikahi, iaitu wanita yang ingin suaminya cintai, sayangi, bimbing dan pembantu suami sehingga ke syurga Allah. Isteri adalah amanah Allah untuk suami.
Pelbagai spekulasi apabila kita membaca tajuk buku ini. Ada yang tertanya tanya apa sebenarnya tugas sebagai isteri disisi suami. Di dalam buku ini penulis menerangkan sedikit sebanyak tentang apa sebenarnya perasan suami da isteri. Banyak info yang boleh kita dapat sepanjang pembacaan kita. Nak tahu lebih lanjut kena lah baca buku ini.

Persepsi sebenar terhadap seorang isteri. Ramai wanita diluar sana takut untuk berumahtangga kerana stereotype isteri bakal dilayan seperti bibik. Sehina itukah pandangan Islam pada wanita? Sekali kali tidak.
Buku ini sesuai dibaca untuk memperbetulkan persepsi maysyarakat berlandaskan Islam yang syumul.