Isteri dalam Sangkar (Novel Diadaptasi ke Drama)
Publisher,LNP
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Aku hanya menumpang kasih dalam sangkar hatimu…
AISYAH, hidupnya tidak seindah yang disangka. Dalam usia yang muda, dia kehilangan kedua ibu bapa. Pada Mak Su Ainin dan dua orang anaknya dia menumpang teduh. Tetapi dia dilayan tak ubah seperti seorang hamba.
TENGKU ISKANDAR, dia punya segala-galanya namun gaya hidupnya tidak digemari Tengku Maria, membuatkan ibunya itu bercadang untuk menjodohkannya. Rimas dengan desakan hidup, Tengku Iskandar mengajak Tengku Haziq bercuti. Di situlah dia berjumpa dengan Aisyah dan dia terpaksa mengahwini Aisyah demi menjaga maruah keluarga.
“Hoi perempuan kampung! Kau dengar sini baik-baik. Jangan ingat kau dah sah jadi isteri aku, aku akan layan kau sama seperti isteri-isteri lain di luar sana. Kau tak ubah seperti melukut di tepi gantang. Kalau bukan sebab aku nak jaga maruah aku dan keluarga aku, jangan harap aku nak kahwin dengan kau. Perempuan macam kau bukan taste aku la!!!” - Tengku Iskandar.
Pasrah dengan nasib diri, Aisyah melangkah ke kota bersama lelaki yang membencinya. Hidup dalam sangkar serba mewah, tetapi miskin kasih sayang. Dia bagaikan perempuan simpanan. Namun dia tiada pilihan.
Hari demi hari, hati Tengku Iskandar kian terpaut. Aisyah yang manis, Aisyah yang lembut, dan Aisyah yang tidak pernah membantah. Dia jatuh cinta. Sungguh, hatinya tidak berbohong! Saat cinta terluah, saat bahagia dikecapi, Tengku Maria datang menuntut janji. Tengku Iskandar perlu berkahwin dengan Puteri Waiduri.
“Siapa kata abang nak Aisyah keluar dari kondo ni? Kondo ni tempat Aisyah. Takde sesiapa boleh gantikan tempat Aisyah kat sini.” - Tengku Iskandar.
Tengku Maria mengamuk apabila mengetahui hubungan rahsia mereka. Tanpa belas kasihan, dia menghalau Aisyah dari kondominium anaknya. Dia tidak mahu mendengar sebarang penjelasan. Kehilangan Aisyah menjadikan Tengku Iskandar murung. Sasau dia jadinya.
Mengapa dugaan harus terjadi saat hati melakar cinta? Ke mana agaknya Aisyah menghilang? Mampukah dua hati bersatu kembali mengecapi bahagia?