ISTERI DUDA TERHANGAT
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,
Kehidupan Ellina memang sengsara. Sudahlah tiada mak sejak kecil, abangnya pula melarikan diri dari rumah sewaktu remaja. Tinggallah Ellina bersama ayahnya yang kuat berjudi. Bertambah sengsara hidup bila dirinya hampir-hampir dijadikan pelacur oleh Pak Samad gara-gara mahu menebus hutang ayahnya itu. Mujur Hajah Zainun sudi membeli Ellina, tetapi ada syaratnya.
“Kamu pilih, kamu mahu menjadi pelacur seumur hidup kamu di kelab malam Wong Pai dan bayar balik hutang ayah kamu tu sampai habis atau kamu jadi isteri anak saya? Hah...Dah tentu sangatlah hidup kamu lebih terjamin kalau kamu jadi menantu saya bukan? Jadi, jangan buang masa hidup kamu lagi, Ellina. Kamu kahwin saja dengan anak saya.”
Mahu tak mahu Ellina harus akur memandangkan dia tidak mampu membalas budi yang diberi perempuan tua itu. Syukurlah dia bahagia melayari bahtera perkahwinannya dengan Datuk Zafran walaupun lelaki itu bergelar duda terhangat di pasaran. Namun, dugaan hidup takkan pernah berhenti. Ada saja yang cuba meruntuhkan kebahagiaan rumah tangganya, tak kiralah sama ada Pak Samad yang masih tidak jemu-jemu mengganggu atau Puan Sri Arisa, bekas isteri suaminya.
“Kalau El fikir abang akan tinggalkan El semata-mata kerana fitnah orang, maaf. Abang bukan begitu orangnya, sayang. Sekali abang katakan abang cinta, seumur hidup abang akan tetap cintakan El, tak kiralah dari mana pun asalnya isteri abang ni.”
Janji yang diberikan Datuk Zafran berjaya menghilangkan duka Ellina. Namun, mampukah Ellina terus bersabar dengan fitnah yang dilemparkan Puan Sri Arisa? Sanggupkah dia berpisah dengan suami kesayangannya semata-mata ingin memenuhi kehendak Pak Samad yang tidak jemu-jemu mengganggu kebahagiaan hidupnya?