Isteri Mampu Milik

ISBN: 9789673652372
Checking local availability
RM26.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,

Agaknya dunia mereka ini kecil sangat-sangat. Satu minggu sampai tiga kali bertembung. Murni yang besar atau Ujang yang terlalu kecil? Melihatnya sahaja hati Murni sudah berapi-api. Mana tidaknya, boleh berpusing 360 darjah berlanggar dengan abang sado itu—gelaran yang diberi oleh Amira, teman baik Murni.

“Kenapa dengan awak ni? Dalam minggu ni dah tiga kali awak langgar saya tau!”

“Maaf, maaf... Saya tak sengaja.”

“Sakit tau tak! Boleh mati saya!”

Lenguh segala sendi dan uratnya kerana berlanggar dengan lelaki bertubuh tegap yang bekerja di pejabat sebelah. Tak disangka minyak angin menjadi pemujuk hatinya. Terima sajalah walau hati sentiasa berangin melihat lelaki itu. Namun ia bukan sembarangan minyak menurut Amira.

Minyak lintah? Terkejut Murni. Apa maknanya? Nampaknya minyak angin punca mereka kerap bertemu. Semakin dia mengelak semakin kerap pula Ujang menjejakinya. Dan lebih sadis apabila lelaki sanggup mencari rumah orang tuanya untuk menghantar minyak angin dan membawa hajat bersama.

“Saya serius. Tak main-main. Tak reti nak cinta-cinta. Saya berkenan terus pinang aje.”

Sungguh! Memang Ujang tak main-main. Sungguh-sungguh lelaki itu datang meminangnya. Ayah terus terima tanpa fikir panjang. Katanya, Ujang berani. Datang sendiri membawa hajat bersama anak agar diketahui status dirinya  yang sebenar.

Tiga bulan bertunang, tiada mana indahnya. Macam-macam dugaan yang diterima terutama daripada bekas isteri dan bakal emak mentua. Kata-kata semangat sering diungkap oleh Ujang kepada Murni. Murni tahu dia adalah pilihan lelaki itu. Namun itu tidak bermakna ia akan berakhir dengan akad.

“Nanti kita dah kahwin, tambah lagi satu harta saya. Awak.” - Ujang

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)