Isteri untuk Dia
Publisher,Humaira Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
"Pilihlah cintamu dan cintailah pilihanmu"
Adrian Imran tidak dapat melupakan Fiona Insyirah sejak dia menjejak kaki di bumi Adelaide. Dia mahu gadis lembut itu menjadi isterinya. Dia mahu bahagia seperti sahabatnya, Yusuf yang mengahwini Maryam Huda tanpa apa-apa halangan.
“Ya Allah, hatiku berbisik bahawa dia adalah jodoh yang solehah buatku…Nikahkanlah aku dengannya.”
Harapannya tinggi untuk memiliki gadis itu.
“Mereka sudah lihat foto kamu, Im. Mereka suka kamu. Daddy dan Mommy buatkan perancangan ini untuk kebaikan kamu. Kamu boleh tetapkan tarikh dan masa sendiri bila majlis akan dilangsungkan.”
Imran dilema dengan kehendak ibu bapanya supaya dia mengahwini gadis yang tidak pernah dikenalinya.
“Saya sedang berusaha untuk cari calon saya. Sebab itulah saya menyebut nama Insyirah. Dia calon yang terbaik, kan?”
Imran tetap cuba menjadikan impiannya satu kenyataan tanpa tahu sahabat baiknya, Thaha turut menaruh hati terhadap Insyirah.
Isteri Untuk Dia merungkai peranan persahabatan yang luar biasa dalam mendepani cabaran-cabaran nafsu anak muda dan dilema cinta, sebelum memilih cinta sejati sebagai titik permulaan memperbaiki agama dengan perkahwinan.