Isteri Yang Tak Sempurna
Author: Hana Efrina
ISBN: 9786297553153
Checking local availability
Title
RM33.00
Publisher,Love Novel Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 350 g
No. of Pages, 427
Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Pertemuan tidak dijangka, menerbitkan perasaan suka dalam hati gadis autisme bernama
Lasmaya. Namun Lasmaya tidak dipandang oleh Zhaqif kerana kekurangan yang dimilikinya.
“Anak aunty handsome. Las suka...” ~ Lasmaya
Datin Zalbiah ingat setakat itu sajalah pujian Lasmaya. Namun apabila Datin Laili datang
membawa hajat, Datin Zalbiah jadi serba salah.
“Las ada terserempak dengan Zhaqif ke, Zal? Balik rumah, malam tu juga dia buat perangai.
Mengamuk nak aku kahwinkan dia dengan anak kau...” ~ Datin Laili
Datin Laili sedar dia tidak layak membuat permintaan sebegitu. Terharu rasa hati apabila
Datin Zalbiah sudi mahu bermenantukan Lasmaya. Tapi apa pula kata Zhaqif? Mahukah
lelaki itu setuju?
“Yes. Sebab dia tak ‘sempurna’, Zhaq tak nak jadi suami dia!” - Zhaqif
“Tapi Zhaq yang terima pinangan tu. Mama tunjuk gambar Lasmaya, Zhaq terus setuju.
Zhaq tak boleh buat macam ni.” ~ Datin Zalbiah
Salah Zhaqif kerana terburu-buru. Kononnya jatuh cinta pandang pertama. Tak sangka pula
Lasmaya itu ‘tak sempurna’. Puas dia menolak, jodoh tetap tertulis antara mereka. Lafaz ijab
dan kabul termeterai, namun hati tetap membenci.
“Kau ingat aku ikhlas ke jadi suami kepada perempuan cacat otak macam kau?“ - Zhaqif
Acap kali dimarahi dan diherdik, bahkan Zhaqif pernah naik tangan kepada Lasmaya,
membuatkan Lasmaya trauma dengan lelaki itu. Perpisahan dipinta, peliknya kenapa hati
Zhaqif pula yang terasa pedih?
Risaukan emosi Lasmaya, Datin Laili meminta izin untuk membawa Lasmaya pergi. Saat itu
jugalah satu berita sampai ke pengetahuan Datin Zalbiah.
“Zhaq cakap Zhaq bencikan Las... Tapi kenapa sekarang Las boleh mengandungkan benih
Zhaq?” ~ Datin Zalbiah
Perit sindiran itu. Namun perit lagi pabila Lasmaya meraung-raung tidak mahu kembali ke
dalam hidup Zhaqif semula. Mungkinkah jodoh itu masih milik mereka? Atau hubungan
mereka bakal ternoktah kerana khilaf Zhaqif sendiri?
KAPSYEN :
Tidak kupinta lahir ke dunia begini..