Istikharah Cinta: Cara Bijak Mendapatkan Jodoh Ideal (Rumah Tangga Sakinah)
Publisher,Synergy Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Jodoh adalah urusan yang besar. Kita menjalani sebahagian besar kehidupan kita dari tahun ke tahun bersama suami/isteri kita. Namun, seringkali memilih jodoh bukanlah perkara yang mudah. Ramai di antara kita yang kebingungan, "Diakah jodoh yang terbaik bagi saya?" Untuk mengatasi kebingungan itu, Islam menawarkan cara yang unik berupa istikharah. Dengan cara ini, muncullah buku-buku mengenai istikharah supaya pembaca dapat memahaminya dan mengamalkannya.
Dalam Al-Quran dengan tegas Allah menyatakan "Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku." (Al-Baqarah : 86).
Oleh itu, dengan melakukan doa istikharahmkita memiliki peluang yang cukup besar untuk mendapatkan pilihan yang baik menurut Allah termasuklah hal jodoh. Orang-orang yang tidak melakukan istikharah, yakni tidak memohon dipilihkan yang terbaik oleh Allah SWT. Apakah yang boleh dipilih jika tidak memohon kepada Allah untuk dipilihkan?
Buku ini memiki keistimewaan tersendiri. Di antaranya dengan menampilkan pelbagai sudut pandang sekaligus dalam satu buku. Ringkas tapi padat. Selain tinjaun fekah berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih, buku ini juga memuatkan tinjaun akidah, akhlak, psikologi, matematik dan lain-lain. Ianya turut dimuatkan dengan beberapa kisah nyata perihal istikharah perkahwinan.