Istikharah Cinta: Siapa Kawan, Siapa Lawan
Publisher,Blue-T
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 240 g
No. of Pages,
“Nik, bukannya aku pengecut… Tapi cuba bayangkan… Buatnya kita kantoi? Tak kisah la juga kalau setakat kena berdiri atas kerusi ke, cuci tandas surau ke… Kalau kena bakar hidup-hidup?”
“Kalau saya jual murah pun, bukan macam ni caranya.”
Aku Malique. Aku ni studen universiti. Hidup aku memang sempoi. Namun begitu, ada masanya aku selalu berada di persimpangan. Bak kata orang ‘diluah mati mak, ditelan mati bapa'. Tak habis-habis dalam dilema.
Hidup di kampus banyak menguji aku. Terjebak dalam dunia yang tak pernah aku jangkakan. Semuanya angkara Nik, tetapi kerana dia juga buat aku mula berfikir dan mengubah diri aku secara total. Terima kasih Nik! Setiap kali masalah melanda, Nik tempat mencurah rasa. Dialah satu-satunya teman yang paling akrab dengan aku, berkongsi suka dan duka.
Aku ni, bukanlah mat jiwang ataupun mat bunga. Aku nak pujuk perempuan pun tak pandai, apatah lagi nak bagi bunga. Jadi terpaksalah aku sembunyikan perasaan terhadap seorang gadis bernama Masliah iaitu teman baik kepada Nadia yang juga rapat dengan aku.
Suatu ketika satu tragedi berlaku. Ekoran kejadian itu, buat aku jadi keliru dengan perasaan sendiri. Siapakah yang sebenarnya bertakhta di hati aku? Masliah atau Nadia? Arghh… Susahnya aku nak buat pilihan…