Izinkan Cinta-Mu yang Pertama

ISBN: 9789674062767
Checking local availability
RM29.00
Product Details

Publisher,KarnaDya
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

"Dunia percintaan sememangnya indah jika pasangan setia. Tetapi tidak bagi Nur Syahadah apabila dia diuji dengan kecurangan tunangnya yang bermain kayu tiga. Lebih parah tunangnya curang dengan kakaknya sendiri. Setelah dikecewakan, Nur Syuhadah akur akan jodoh yang dipilih oleh abinya iaitu Yusof.

“Nur mesti terima Muhammad Yusof. Dialah lelaki yang terbaik untuk anak abi ni.” - Abi

Walau pada mulanya agak berat untuk Nur terima, tapi dia percaya pilihan abinya adalah yang terbaik untuk dirinya di samping dia mahu tinggalkan kenangan yang lalu dan bina hidup baru. Nur terima seadanya Yusof walaupun mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

“Kata orang, tak kenal maka tak cinta tau. Dah kenal mesti awak akan suka...” – Yusof

Nur sahut kata-kata Yusof dengan pertaruhkan hidupnya. Padanya, bahagia atau derita, semua itu sudah ditetapkan Allah. Seusai dirinya sah menjadi suri hati buat Yusof, barulah Nur mengerti bahawa dunia Yusof yang dulu bukanlah seperti yang dia lihat kini. Ternyata dugaan datang lagi dengan kehadiran Jessy yang mahu Yusof bertanggungjawab atas perbuatan Yusof yang lalu. Yusof terpanar. Kelu dia untuk berkata-kata apatah lagi mahu melukakan hati si isteri yang dicintainya. Kerana bagi Yusof, Jessy adalah masa lampaunya.

“Abang tak sampai hati tengok Nur sedih.” - Yusof

Tapi lain pula dengan pemikiran Nur. Baginya seorang suami tidak pernah diharamkan untuk berpoligami, apa lagi dalam keadaan suaminya mampu.

“Jangan risaukan Nur. Nur cintakan abang kerana Allah. Cinta kerana Allah bukan membawa ke jurang kejahatan, tetapi membawa ke jalan syurga-Nya. Doakan Nur menjadi isteri yang solehah, ya...”

Customer Reviews

Based on 4 reviews
75%
(3)
25%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
S
Siti Rashika Ruslee
Menginsafkan

Kisah cinta yang banyak pengajaran dan unsur keagamaan. Bermacam halangan mereka hadapi, tapi mereka kuat kerana percaya dan berserah kepada Allah. Berkat kesabaran akhirnya mereka bahagia dan berjaya menyatukan keluarga mereka semula.

b
biey
Terbaik!

Plot penceritaan yang menarik dan tidak membosankan. mengisahkan hubungan percintaan Nur Syahadah yang penuh dengan dugaan dan cabaran, Dicurangi oleh tunangnya sendiri bersama kakak kandungnya amatlah menyakitkan. Best, very recommended!.

b
biey
Terbaik!

Plot penceritaan yang menarik dan tidak membosankan. mengisahkan hubungan percintaan Nur Syahadah yang penuh dengan dugaan dan cabaran, Dicurangi oleh tunangnya sendiri bersama kakak kandungnya amatlah menyakitkan. Best, very recommended!.

s
sitinurkhadijahjaafar
Izinkan Cinta-Mu yang Pertama

Sebuah novel yang berunsurkan keagamaan. Penuh dengan nasihat Dan pengajaran buat panduan Kita sebagai pembaca. Penceritaan watak yang bagus dan jalan cerita yang menarik menambat hati pembaca. Pengajaran yang paling besar dalam novel ini adalah mereka berserah kepada Allah dan sabar dengan segala ujian yang diturunkan oleh Allah SWT.