Jadi Makmum Dia

ISBN: 9789670870809
Checking local availability
RM26.00
Product Details

Publisher,Anaasa Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Ditemukan dengan Ikhmal secara tidak sengaja telah mengheret Alia Qistina menjadi pengganti kekasih yang meninggalkannya. Tanpa ragu-ragu lelaki itu mengajaknya berkahwin.

"Saya akan diamkan hal ini kalau Alia sudi menjadi pasangan hidup saya." - Ikhmal

"Encik Ikhmal ingat ini hal main-main ya?" - Alia

"Saya tahu ia tak mudah untuk memulakan satu hubungan. Tapi kita boleh mencuba." - Ikhmal

Kemudian datang pula Darren Rizal, kawan baik Ikhmal. Pada Darren apa yang ada pada Alia semua dia suka. Tapi bila dia mendapat tahu niat si kawan yang mahu mengahwini Alia, dia terkilan. Patutkah dia memberitahu hal sebenar kepada gadis itu?

" Kau tak perlu lagi nak ambil tahu tentang Alia sebab dia sudah ada seseorang yang akan menjaganya." - Darren

"Siapa?" - Ikhmal

"Aku! Akulah lelaki itu yang akan menjadi temannya seumur hidup!" - Darren

Sedangkan Alia langsung tidak tahu menahu tentang perasaannya. Ah, nanti Alia pasti akan tahu. Jalan cerita kisah mereka tidak semudah yang Darren sangkakan. Ikhmal kawan baik. Patutkah dia mengkhianati persahabatan mereka? Itu semua belakang kira. Yang penting hasrat hatinya.

"Saya serius. Saya serius nak jadikan awak isteri saya!" - Darren

Alia bingung. Tidak tahu siapa yang harus dia pilih. Darren atau Ikhmal?

Customer Reviews

Based on 3 reviews
67%
(2)
33%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
A
AUNI FAKHIRA
jadi makmum dia

sebuah novel yang sangat menarik dan senang untuk difahami

N
NUR SYAHED JANNA BINTI TARMIZI
Rollecoster

Seperti selalu, cerita yg ditulis oleh Dilla Ahmad tidaklah terlalu berat. Jadi saya suka memilih utk membaca karya penulis bila fikiran stress bekerja sebab saya tahu cik puan penulis ini tidak akan membebankan fikiran saya yg sedia berat. Penceritaan JMD ini straight forward. Mudah faham dan tiada yg meleret. Konflik walaupun isunya agak berat tetapi penulis berjaya menulis dengan gaya yang santai sehingga perasaan kita tak akan berasa huru hara. Tapi kadangkala rasa sedikit mendatar. Mungkin perasaan itu statik.

s
sitinurkhadijahjaafar
Jadi Makmum Dia

Sebuah novel yang mengisahkan tentang Ikhmal yang menjadikan Alia alat untuk membuatkan Khalisha cemburu. Bila Khalisha datang semula ke dalam hidup Ikhmal, diri Alia dibuang begitu sahaja tanpa ada permohonan maaf kepada keluarga Alia. Muncul Darren untuk menjadi penyelamat kepada Alia tapi malang sekali apabila pelbagai fitnah yang keluar menganggu hubungan mereka. Suka dengan watak Alia yang matang tidak membuat keputusan terburu buru. Novel ini memang berbaloi beli. Best.