Jadikanlah Dia Jodohku
Author: Azieana
ISBN: 9789672035084
Checking local availability
Title
RM30.00
Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,
“Awak nak buat report pasal saya. Kenapa? Apa yang saya dah buat kat awak?”- Qilla
“Saya nak buat report pasal awak sebab awak dah curi hati saya.”- Ryan.
Namun detik bahagia Qilla terkubur bila Ryan meninggal dunia tiga hari sebelum mereka diijabkabulkan. Dia perlu reda dengan pemergian Ryan kerana meneruskan kehidupan seperti biasa adalah satu-satunya pilihan yang dia ada.
“Ryan dah rampas Qilla dari Abang. Abang dah lama bersabar. Jadi, lepas dia mati, Abang dah tak ada saingan lagi. Sekiranya selepas ni wujud lelaki lain dalam hidup Qilla, dia kena buat perhitungan dengan Abang.” – Haiqal.
Qilla pening kepala bila abang tirinya tak berhenti menagih perhatiannya. Entah mahu apa lagi abang dan emak tirinya itu pun dia tak tahu. Sudahlah harta abahnya disapu bersih oleh mereka.
“Hello, Cik Minah.” - Dany
“Jangan sesekali awak sebut nama tu. Awak tak ada hak panggil nama tu kat saya. Awak tak ada hak! faham tak!!!!” - Qilla
Kepulangan Danny bersama janjinya pada Ryan telah menyatukan dia dengan Qilla sebagai suami isteri. Perkahwinan mereka terjalin jua akhirnya kerana permintaan dan restu dari Puan Sri Suraya yang tidak mahu kehilangan Qilla.
Di saat mereka meniti hidup bahagia, muncul Darwish cuba mendapatkan Qilla. Pelbagai usaha dilakukan. Namun, mampukah Darwish merosakkan hubungan Qilla dan Danny?
Kehadiran Rissa yang telah lama mencintai Danny menambahkan huru-hara dalam rumahtangga Qilla dan Danny. Gadis itu benar-benar kecewa bila cintanya ditolak dan dia berusaha merosakkan hubungan Danny dan Qilla.
Tambah menyesakkan jiwa bila Qilla menjadi mangsa culik seseorang. Siapakah yang telah menculik Qilla dan meminta wang tebusan sebanyak RM1,000,000.00?
Apakah yang akan terjadi pada Qilla? Berjayakah Danny menyelamatkan Qilla dari menjadi mangsa penculikan itu?