Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri
Publisher,MPH Online
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 200 g
No. of Pages,
Siapa yang tidak kenal dengan ‘Ratu Makan' Malaysia, Maria Tunku Sabri. Terbaru Maria telah menyusun atur pengalaman makan beliau ke dalam sebuah buku panduan makanan keduanya berjudul ‘Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri' untuk dikongsikan bersama dengan para penggemar makanan.
Menurut Maria, buku keduanya ini akan melampirkan sebanyak 397 restoran di sekitar Kuala Lumpur dan negeri Selangor. Dalam pada itu, pengacara ini turut berbesar hati untuk berkongsi pengalamannya selama bekerjasama dengan pihak TV3 menerusi program ‘Jalan-jalan Cari Makan.'
“Saya bangga untuk mengatakan bahawa saya telah menjadi hos untuk program ‘Jalan-Jalan Cari Makan' di TV3 untuk 12 musim dan sepanjang tempoh itu saya telah menemui bermacam-macam makanan yang berunsurkan tempatan serta antarabangsa.”
Untuk makluman, buku panduan ini mengandungi senarai restoran dari kategori ‘fine dining' sehingga gerai-gerai penjaja ‘street food' daripada 24 daerah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor.
Dalam pada itu, penyenaraian restoran-restoran tersebut juga dikumpulkan berdasarkan kualiti makanan, perkhidmatan pelanggan dan kebersihan.