Jaminan Rezeki Dengan Sedekah: Jangan Kedekut!
Publisher,Saffron Integrated Marketing Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,
HAMPIR 24 jam ada sahaja manusia bekerja tanpa berhenti. Tujuannya semata-mata kerana mahu mencari rezeki. Tetapi malangnya, walaupun setiap hari bekerja pagi, petang, siang dan malam, rezeki yang diperolehi masih lagi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan. Silap perhitungan, terpaksa berhutang untuk melunaskan keperluan lain.
Di mana silapnya sehingga rezeki menjadi sempit? Apa puncanya yang menyebabkan rezeki yang sepatutnya menjadi milik kita mengalir ke tempat lain? Mungkinkah kerana kita sendiri tidak pandai menguruskan rezeki yang diberikan oleh ALLAH atau kita sebenarnya tidak pernah bersyukur setiapkali menerima gaji?
Di dalam Al-Quran, ALLAH sudah menjanjikan sesiapa yang menginfakkan harta ke jalan ALLAH, akan diberi ganjaran berlipat kali ganda. Itulah rahsia limpahan rezeki sebenarnya yang jarang diambil perduli walaupun kita mengetahuinya.
Sebenarnya, banyak cara untuk memastikan rezeki kita melimpah dan kita tidak perlu berhutang atau meminta-minta. Buku Jaminan Rezeki Dengan Sedekah ini akan mendedahkan bagaimana seni menguruskan rezeki supaya kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH dan menjelaskan mengapa rezeki kita sentiasa terhalang.
Tidak ada manusia yang menginfakkan hartanya ke jalan ALLAH, hidupnya melarat. Sebaliknya manusia yang suka hidupnya meminta-minta, corak kehidupan tidak akan berubah. Buku ini akan memandu pembaca bagaimana supaya rezeki kita sentiasa mengalir seperti air bukit yang turun ke lembah-lembah yang subur.