Jampi Cinta Buat Dato' F

ISBN: 9789672035541
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Kaseh Aries
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Demi menyelamatkan nyawa insan yang paling disayanginya, Anggerik bersetuju untuk dinikahkan dengan Dato' Firdee Arhan. Seorang pemuda yang ego dengan cintanya.

"Awak boleh jadi isteri saya, tapi awak takkan dapat cinta saya." - Firdee

"Mahal sangat ke cinta Dato' tu? Tak layak untuk perempuan miskin macam saya ni? - Anggerik

Sikap dingin beku pemuda itu memaksa Anggerik untuk menjadi seorang penggoda yang nakal demi untuk memikat hati si suami yang mula bertapak dalam hatinya itu.

"Awak memang sengaja nak goda saya, kan?" - Firdee

"Abang tergoda ke?" - Anggerik

Godaan yang diterima buat Firdee tersungkur berkali-kali. Lemas dengan kenakalan Anggerik yang semakin menjadi-jadi. Di saat dia bersedia untuk menyerahkan cintanya kepada Anggerik, kebenaran muncul menghancurkan semuanya. Menghapuskan segala yang indah di antara mereka.

"Awak dah hancurkan hati saya dengan begitu lumat sekali. Awak dah buktikan kepada saya... yang awak memang tak layak untuk memiliki cinta saya." -Firdee

"Anggerik akan pergi. Tapi percayalah... semua yang Anggerik curahkan untuk abang, tiada satu pun yang palsu." -Anggerik

Hanya kerana dendam dan busuk hati orang lain, tegakah Firdee untuk melepaskan insan yang pernah bergelar ratu di hatinya itu? Permaisuri di Vila Cinta Agung itu?

Customer Reviews

Based on 3 reviews
0%
(0)
100%
(3)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Nurhidayah
Jalan cerita menarik

Penulis menggarap novel ini dengan baik sehingga membuatkan pembaca tidak sabar untuk membaca bab berikutnya. Novel yang tidak berat dan tidak meleret, sesuai untuk bacaan santai.

N
Nurhidayah
Jalan cerita menarik

Penulis menggarap novel ini dengan baik sehingga membuatkan pembaca tidak sabar untuk membaca bab berikutnya. Novel yang tidak berat dan tidak meleret, sesuai untuk bacaan santai.

A
Adila Nazir
terbaik

Serious talk, aku suka gila dgn novel ni. Walaupun dh habis baca, aku still tkley move on.... Huhuhuhu... Dato'Firdee Arhan atau lebih dikenali dgn panggilan Dato'F... Seriously, aku suka gila dgn watak dia. Dingin, ego, tpi dalam masa yg sama, ada kelembutan dalam hati. Ada taman rama² gitu😂

Rasa tak sia-sia beli novel ni