Jangan Ada Dusta
Publisher,Alaf 21 S.B Theatre
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kadang-kadang kita bukannya takut untuk jatuh cinta. Tetapi natijah daripada jatuh cinta itu tidak diketahui buruk baiknya, hinggalah segala rahsia terbentang di depan mata. Memang benarlah cinta itu perjudian; perjudian yang bukan sahaja kesudahannya kalah atau menang malah lebih tragis daripada itu. Sharifah Ezreen menyintai Adi Putera, tetapi lelaki itu tidak boleh digantungkan harapan untuk dijadikan suami. Takdir tiba. Wajarkah dia mengendong dosa semata-mata hendak menjadikan cinta itu suatu realiti? Rasa cinta yang subur itu mesti dimatikan tiba-tiba. Segala denyut kasih dan sayang itu mesti dibunuh segera. Mesti! Melissa Laila pula menyintai abang tirinya sendiri, Adi Fitri. Tetapi di masa yang sama dia juga menyintai Budi Djauhari, anak muda kelahiran kota Jakarta. Bagi Budi Djauhari pula, di mana akan dia letakkan perasaan cinta Lydia Susanti Hartomo terhadapnya? Mestikah dia menjadi petualang dalam episod cinta tiga segi itu? Datin Saerah yang dulunya `si kucing Parsi' sudah bertahun-tahun menjadi wanita yang sedar diri, tahu maruah, tahu dosa dan pahala. Namun dugaan yang datang dalam hidupnya bagaikan tidak mahu surut. Narimah adalah duri yang mencucuk-cucuk dagingnya. Dia tidak mahu kalah! Dan Datuk Syed Syamim masih lagi mampu tersenyum!