Jangan Baca Novel ni (3 dalam 1): Jangan Baca Novel Ni, Tiada Tajuk & Akhir

ISBN: JGNBACASET
Checking local availability
RM80.00
Product Details

Publisher,IF I Enterprise
Publication Date,
Format, Box Set
Weight, 1100 g
No. of Pages,

Jangan Baca Novel Ni

Kalau asyik baca novel cinta saja pun kadang-kadang bosan jugak kan?

Try novel ini.Tapi jangan baca seorang diri. Make sure ada teman. Sebab ada kemungkinan anda akan berasa aneh. Juga berhalusinasi benda yang bukan-bukan. Novel ini bukan untuk mereka yang lemah semangat. Tapi untuk mereka yang nak menjana minda dan menguatkan jantung, sebab semakin jauh membaca, otak anda akan semakin ligat berputar dan jantung anda akan semakin kuat berdebar-debar. Tak percaya? cubalah..

Tiada Tajuk

Nak gembira?
Nak tersenyum?
Nak bahagia?
Nak ketenangan?
Nak harapan?
Nak kesempurnaan?
TAK PAYAH.

Kalau nak juga, jangan baca novel ni. Tutup dan buang jauh-jauh. Sebab novel ni untuk mereka yang mahu merasakan keTIADAan...

Mata anda tidak salah, dan memang benar kulit buku ini kosong!

Sebab novel ini tidak mempunyai tajuk. Ia adalah sekuel daripada novel terlaris di pasaran iaitu, 'Jangan Baca Novel Ni'. Masih ingat kulit buku nya yang berwarna hitam dan bertulisan merah macam darah. Baca itu dulu, baru anda oleh merasai ketiadaan yang novel ini ingin tawarkan.

Untuk mereka yang menghargai nilai sebuah MISTERI. Dan untuk mereka yang merasakan bahawa TAKUT itu adalah teman.

Akhir

Tak payah sinopsis. Anda dah tau buku ini tentang apa. Yang anda perlu tau sekarang, ini yang AKHIR. Tak ada dah lepas ni. Sebab saya dah letih. Lelah hidup dalam kegelapan. Biar buku ini meniadi AKHIR kepada sebuah kisah. Juga kepada setangkai nyawa yang dalam beberapa tahun ini berayun longlai. Sava tak mau seksa dia terus. Saya bukan kejam. Saya hanya seorang yang menyampaikan sebuah cerita, tentang sebuah novel hitam yang kewujudannya hanya mengundang rasa-rasa sakit, pedih, ngilu, pelik, takut, kecewa, marah, benci...SEDIH. Rasa-rasa yang saya tak pasal-pasal juga kena lalui sebagai penulis. Semua ini, hanya kerana nak mengisi masa lapang anda. Jadi nah. Ambil dan baca. Buku ini mungkin tidak sebagus yang anda harapkan. Tapi ini yang terAKHIR. Sekurang-kurangnya hargailah ia atas sebab itu.

Akhir merupakan buku terakhir dari trilogi Jangan Baca Novel Ni.




Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)