Jangan Berhenti Mencintai Aku

ISBN: 9789670448886
Checking local availability
RM24.00
Product Details

Publisher,Kaki Novel
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Alam kampus menemukan Ameena dan Andy hingga memutikkan rasa cinta di antara mereka berdua. Namun begitu, hubungan mereka ini tidak dapat diteruskan atas alasan perbezaan fahaman agama. Tetapi, mereka tetap berkawan seperti biasa hinggalah hari terakhir pengajian mereka. Perpisahan itu sebenarnya terlalu sakit buat Ameena namun, dia hanya berkongsi dengan kakaknya…Eemani.

Berganjak ke alam dewasa… Ameena dipertemukan dengan Rauf, seorang doktor pakar yang bertugas di salah sebuah hospital yang terletak di Singapura. Sekali lagi cinta berputik di hati Ameena dan Rauf juga punya rentak yang sama dengan hati Ameena. Namun, disebabkan salah faham mereka menyangkakan hubungan itu terpaksa dilupakan. Rupa-rupanya kedua-dua orang tua mereka memang sudah merancang sedari awal untuk menyatukan mereka berdua. Terubat sedikit kesakitan yang dilalui oleh Ameena selepas terpisah dengan Andy. Nyata, Ameena bahagia dengan kehidupan baharunya itu. Tetapi, kekecewaan itu terubat hanya seketika bila dugaan pertama hadir tatkala anak dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan dalam satu kemalangan jalan raya. Kesakitan dan tekanan bertambah bila suami yang dicintai mengikut jejak anak mereka enam bulan selepas itu.

Ameena kembali ke Kuala Lumpur untuk bersama keluarganya semula. Menjalani kehidupan dengan kehilangan yang dipisahkan oleh sebuah kematian bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi arwah Rauf berjaya membuka pintu hatinya setelah berpisah dengan Andy. Rauf juga merupakan orang yang memahami keadaannya yang sedang menderita sakit.

Fasa baru dalam hidup Ameena setelah bergelar balu dalam usia dua puluh sembilan tahun di Mahawangsa bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, dia cekalkan hatinya dan kuatkan semangat dirinya. Shahir yang sama-sama bertugas dengan Ameena di Mahawangsa sentiasa cuba mendekati Ameena. Ameena tidak dapat menerima kehadiran Shahir kerana kenangan bersama Rauf dan Andy sentiasa menghantuinya.

Mujurlah ada Ameen, anak bongsu dalam keluarga Ameena. Pada Ameenlah Ameena mengadu segala yang terbuku dalam dadanya. Tanpa ketahuan mereka bertiga, rupa-rupanya Ameen merupakan sahabat baik Andy. Sehinggalah satu rancangan pertemuan yang tidak dijangka terjadi di antara mereka.

Pertemuan kali kedua yang penuh dengan kekeliruan telah mengikat perasaan Ameera dan Andy yang
mekar lebih sepuluh tahun lalu. Percintaan kali kedua itu juga tidak semudah yang disangka bila Ameena masih fobia dengan perpisahan mereka kali yang pertama dan dia masih belum mampu melupakan arwah suaminya dahulu.

Ameena diuji lagi bila kedua-dua ibu bapanya menemui Ilahi ketika mengerjakan umrah. Ketika itulah kasih sayang Andy teruji dengan sikap Ameena.

Selepas pemergian Dato' Irfan yang merupakan CEO Mahawangsa, Andy dan Ameena diamanahkan oleh Eeman (abang sulung Ameena) untuk menerajui Mahawangsa

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)