Jangan Bersedih: Khas Buat Pengantin
Publisher,Darul Fitrah Marketing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,
Tidak dapat digambarkan kegembiraan sepasang pengantin pada hari walimah apabila diraikan oleh keluarga, saudara-mara dan sahabat handai. Masing-masing mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" serta diiringi doa semoga hidup berkekalan hingga ke anak cucu. Lebih bererti apabila kehadiran mereka bersama "buah tangan" berupa hadiah dan cenderahati.
Namun ramai pasangan pengantin yang tidak sedar perkahwinan mereka turut diraikan oleh orang kenamaan yang sungguh istimewa. Siapa lagi yang lebih istimewa jika bukan Junjungan dan Penghulu kita, Sayidina Maulana Muhammad SAW. Sungguhpun Nabi SAW tidak kelihatan hadir tetapi Baginda tetap mengalu-alukan pernikahan setiap pasangan pengantin dengan hadiah-hadiah yang tidak ternilai harganya.
Ketahuilah "hadiah-hadiah" istimewa yang Nabi SAW telah janjikan dan anda tentu gembira menerimanya berupa "Hadiah untuk Pengantin daripada Rasulullah SAW" sempena perkahwinan anda.