Jangan Menangis Cinta (Novel Adaptasi)
Author: Siti Rosmizah
ISBN: 9789675822537
Checking local availability
Title
RM33.90
Publisher,SR Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 800 g
No. of Pages,
Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.
“Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yang kau saja jatuhkan buku, padahal terkena sikit aje, saja nak kenal dengan aku, kan?” sindirnya.
“Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal #pelempang,” marah Riyana.
Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.
Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.
“Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, untuk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!”
Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.
Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!
Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.
“Kau junjung sangat budak ni kan? Aku nak tengok bahagia mana kau hidup dengan dia! Kau lagi sanggup pilih dia dari suami! Kau dengar sini, bersaksikan semua orang. Aku ceraikan kau dengan talak satu!”
Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.
A
AZIZAN ARSHAD Jangan Menangis Cinta
N
Nurul Amalina Azman Beremosi bila tengok adaptasi drama.. Jadi saya decide nak beli novel ni sebab nak tahu lebih mendalam sebelum habis drama.. Saya cuba nak fahamkan jalan cerita.. First time beli novel sebab drama..
Y
Yuslinda Mohammad Yusoff Jangan Menangis Cinta (Novel Adaptasi)
M
Mariza Salleh Jangan Menangis Cinta (Novel Adaptasi)
H
Hashimahanim Md. Basri Jangan Menangis Cinta (Novel Adaptasi)