Janji Jangan Pergi
Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages, 520
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Kapsyen:
Mula-mula
gaduh, lama-lama jodoh.
Blurb:
Pelanduk dua serupa!
Seiras. Sangat seiras sehingga Saufi Sazali tidak sedar
yang dipeluk itu bukan arwah isterinya, tetapi Aufa Falisha. Terkejut betul
Falisha bila ada lelaki asing memeluknya. Natijahnya, satu tamparan hinggap
pada pipi Saufi, lalu menyedarkannya daripada terus dibuai mimpi.
“Saya dah lupakan dan saya
dah boleh terima kenyataan yang Ira dah tak ada, tapi kenapa awak muncul dan
rosakkan segala-galanya? Awak buat perasaan saya datang semula.” - Saufi
Pertemuan demi pertemuan membuatkan hati masing-masing saling
merasa. Pusing ikut jalan jauh mana pun, akhirnya mereka pasti bertemu juga.
“Kalau Isha dah terima
bermakna Isha akan jadi isteri kepada Saufi Sazali. Isha kahwin bukan untuk
diceraikan. Jadi, jangan jadikan Isha perempuan murahan.” - Falisha
Akhirnya lamaran diterima. Namun, adat manusia, kadangkala tak boleh
lihat manusia lain yang sedang berbahagia. ‘Keluarga perigi’ adalah gelaran
khas Saufi untuk Emira. Puas Saufi tepis, tetapi Emira tetap tak faham bahasa.
“Kalau Emira tu perigi,
awak pula timba. Jangan lupa saya ni tali yang terikat kemas pada timba. Timba
takkan ke mana-mana kalau masih berpegang pada tali.” - Falisha
Bagi Saufi, mencintai seseorang selepas kehilangan bukan
kecurangan, tetapi ketentuan yang ditetapkan Ilahi. Selama saling setia dan
percaya, sama ada Saufi mahupun Falisha, pasti yang cinta mereka cinta
sampai
mati.