Janji Pada-Nya
Publisher,Lovenovel Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 900 g
No. of Pages,
Aku dan Estaban bertemu.. namun aku tidak pernah jatuh cinta kepadanya. Sayangnya dia terus menagih perhatianku. Namun dia tidak pernah faham betapa mahalnya perhatian yang hendak kuberikan kepada lelaki persis itu.
“Dengan saya memang susah, sebab saya bukan dia.. bukan juga perempuan-perempuan yang awak peluk setiap hari. Saya bukan perempuan simpanan awak. Puas hati sekarang?” -Insyirah
“Awak pun perempuan. Apa naluri perempuan seperti awak tidak sama dengan yang lain? Awak dari planet mana?” –Estaban
Estaban kaki perempuan. Kacak... kaya dan juga nakal! Tetapi ada yang menjadi duri dalam jiwaku. Dia tidak percaya kepada Tuhan, tidak suka kepada agama. Rohaninya jauh tersasar. Pedomannya entah ke mana. Lelaki seperti dia tidak layak untuk aku jadikan sandaran. Pantaskah aku memilih lelaki seperti dia?
Takdir membawa aku ke dalam kehidupan yang tidak pernah aku bayangkan. Mengahwini lelaki seperti itu bukanlah angan-anganku. Tetapi itulah hakikat yang harus aku tempuhi. Estaban a.k.a. Ariff menjadi suamiku kerana keterlanjurannya sendiri. Memegang pegangan sebagai orang Islam bukanlah kehendaknya.
Namun terdayakah aku mengislamkan seorang suami yang cukup angkuh? Mampukah aku menahan gelora di hati tatkala ayah kepada anak-anakku itu semakin jauh daripada batasannya? Termampukah aku menahan Ariff daripada murtad semula?
Semuanya tidaklah mudah seperti yang dibayang. Usaha, doa dan tawakkal adalah pegangan setiap hamba-Nya. Akhirnya nanti Tuhan pasti akan menunjukkan jalan untuk mereka. Dia datang bersama maaf, sesal dan taubat. Namun mudahkah jiwa perempuan yang teruk tercalar ini untuk menerimanya semula? Sejauh mana kata-kata itu dapat aku pegang? Mampukah manusia seperti dia menerima hidayah dan taufik daripada Allah?
Janji Pada-Nya bukan sekadar kisah cinta. Kisah tentang kehidupan antara dua manusia yang berbilang prinsipnya. Namun Janji Allah... semua yang berlaku itu pasti akan ada akhirnya. Di situlah titik tolak kebahagiaan sedang bermula.