Jejak Kotora
Publisher,Pekan Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
JEJAK KOTORA mengisahkan tentang Samahati, seorang kanak-kanak yang ditinggalkan sementara bersama datuk dan nenek oleh kedua orang tuanya. Bagi menghilangkan kesedihan, Samahati akan membaca novel-novel di dalam perpustakaan datuknya. Kisah bermula apabila, Samahati secara tidak sengaja telah membaca manuskrip yang belum selesai ditulis oleh datuknya yang bertajuk "Jejak Kotora".
Sewaktu membaca manuskrip ini, Samahati seolah-olah terbawa ke dunia Kotora sehingga dia cuba menyelesaikan cerita yang belum diselesaikan oleh datuknya itu. Namun, kedatangan Kitira dan Dewi Cahaya Tujuh melalui pintu cahaya untuk mengambil manuskrip yang mereka anggap sebagai ramalan satu peristiwa yang tidak dijangka. Dengan buku ramalan ini itulah yang dapat menyelamatkan abangnya Kotora yang ditangkap oleh seekor naga, bernama Bao-Tata dengan tujuan merebut takhta negara. Samahati yang kebetulan berada di dalam perpustakaan datuknya cuba menghalang Kitira daripada mengambil manuskrip tersebut. Ketika ingin merampas manuskrip itu daripada Kitira, akhirnya Samahati terperangkap dalam pintu cahaya dan membawanya ke dunia manuskrip penceritaan datuknya.
Adakah Samahati dapat kembali ke dunia realiti sekali gus mengharungi cabaran hebat demi membantu Kotora untuk mengembalikan maruah dan hak kerajaannya?. Segalanya bakal terjawab menerusi kisah Jejak Kotora yang penuh aksi dan pengembaraan...