Jiwa Yang Sedar
Publisher,Metalife Academy Group Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages,
Pernahkah engkau merasa letih, walaupun tiada apa yang berat di tanganmu? Pernahkah engkau merasa kosong, walaupun hidupmu kelihatan sempurna di mata manusia? Pernahkah engkau mencari ketenangan di merata tempat, tetapi hati tetap tidak menemuinya? Namun, jauh di sudut hati masih ada ruang kosong yang tidak mampu dijelaskan.
Barangkali selama ini engkau tidak kehilangan kebahagiaan. Engkau hanya terlupa jalan pulang kepada diri.
Buku ini mengajak engkau duduk bersama setiap rasa, memahami setiap emosi, mengenal jiwa, memahami tubuh, menerima setiap perjalanan kehidupan dan melihat kehidupan dengan mata hati yang lebih jernih. Perlahan-lahan engkau akan menyedari bahawa ketenangan bukan sesuatu yang perlu dikejar, kerana apa yang selama ini engkau cari di luar mungkin telah lama menunggu untuk ditemui di dalam dirimu sendiri.