Jodohku Superstar
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,
“Tapi saya bukan peminat awak. Sebenarnya, saya datang bagi pihak kawan saya. Dia out-station. Sebab tak nak bazirkan tiket tu, dia suruh saya datang.”
Kata-kata Dhiya telah mencemarkan nama baik superstar bernama Amar Affandy. Penyanyi itu tekad untuk saman Dhiya kerana telah menghinanya. Namun siapa mampu menduga, rupanya mereka berdua adalah junior dan senior walaupun berlainan jurusan dan tidak kenal satu sama lain ketika di universiti. Atas dasar itu, Amar Affandy lupakan niat untuk saman Dhiya sebaliknya mereka mula rapat.
Tanpa Dhiya sedar, Amar Affandy menaruh cinta. Saat meluahkan cinta...
“Saya rasa macam nak jumpa awak lagi, lagi dan lagi.” – Amar Affandy
“Amar, saya tak tahu apa perasaan awak tapi…saya dah ada pilihan hati saya.” – Dhiya
Pengakuan daripada Dhiya buat Amar Affandy menyepi seketika. Tanpa Dhiya tahu, pilihan hatinya telah disunting. Dia benar-benar kecewa. Namun kekecewaan itu terubat dengan adanya Amar Affandy. Keikhlasan superstar itu membuatkan hati Dhiya tersentuh. Tatkala dia mahu menerima lelaki itu, pada malam dia akan diperkenalkan secara umum di satu majlis, Dhiya tidak dapat hadir dan dia diburu sesal kerana Amar Affandy telah membawa diri ke Los Angeles. Kerana salah faham itu, Dhiya tekad untuk jelaskan kepada Amar Affandy. Sejak lelaki itu pergi, dia mula sedar kehilangannya.
Dapatkah Dhiya jernihkan salah faham yang berlaku itu? Masihkah ada peluang untuk Dhiya bersama semula dengan superstar itu? Atau tiada lagi ruang dalam hati Amar Affandy buat Dhiya setelah dikecewakan?
Jodohku superstar...carilah aku. Aku di sini menantimu.