Jom Melukis: Mengapa Anak Anda Perlu Pandai Melukis
Publisher,Yamani Angle
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
JOM MELUKIS! Ini satu seruan atau ajakan untuk semua orang melukis. Kenapakah semua orang perlu melukis? Kenapakah anak anda perlu pandai melukis? Jawapannya melukis merupakan satu keperluan kepada semua orang kerana ia asas kepada komunikasi visual. Dengan lakaran yang mudah sahaja kadang-kadang lebih cepat difahami daripada penerangan yang mungkin mengandungi puluhan patah perkataan untuk menerangkan benda yang sama.
Oleh yang demikian baik bapa, ibu, anak, orang dewasa, kanak-kanak amat perlu kemahiran melukis supaya dapat berkomunikasi secara visual antara satu sama lain dengan lebih berkesan. Kemahiran ini hanya akan diperoleh melalui latihan yang sistematik. Anak-anak perlu didedahkan pada usia awal supaya kemahirannya dapat digilap dengan lebih baik . Anda boleh membantu anak anda untuk mendapatkan kemahiran ini dengan cara anda terlebih dahulu perlu mahir. Buku ini insya-Allah dapat membantu anda.