Jom Membina, Jangan Membinasa

ISBN: 9789672440703
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,Firdaus Press Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / ANTOLOGI PUISI

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Puisi adalah susunan bahasa yang indah. Ia mempunyai rangkap-rangkap yang mengutarakan pemikiran dengan kata-kata yang terpilih dan disusun baris mengikut kreativiti pengkarya. Manakala sajak merupakan puisi moden atau salah satu genre kesusasteraan moden yang popular. Menurut sarjana barat bernama Robert Frost: ‘Puisi adalah ketika emosi telah menemui pemikirannya dan pemikiran telah menemui kata-katanya’. Ini bermakna pemilihan aksara kata di dalam puisi dari proses pencarian yang istimewa, iaitu dari emosi dan pemikiran tahap tinggi hingga memperolehi kata-kata yang terpilih. Ini bergantung kepada kreativiti setiap individu. Dan setiap individu memandang atau menilai sesuatu perkara mengikut sudut pandangan masing-masing.

Dalam buku ini, tajuk persoalan utama ialah berkaitan perpaduan. Dari keseluruhan puisi yang dimuatkan di dalam buku ini, terdapat puisi dalam sudut pandangan pengkarya, meskipun tema yang sama iaitu perpaduan. Jom Membina, Jangan Membinasa membawakan tema perpaduan yang mana adalah sangat penting di kalangan masyarakat majmuk Malaysia untuk memupuk semangat membina dalam segala aspek hidup bermasyarakat yang harmoni.