Jujur Hatiku Untukmu
Publisher,KARYASENI
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 804
Shelf: Mutiara Minda / Novel
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Kepulangan Fatini dari Switzerland bersama anak kecil mengejutkan semua ahli keluarganya. Kehadiran anak kecil bernama Baiduri menjadi penghalang untuk ibu Fatini, Puan Rokiah melaksanakan rancangannya terhadap Fatini. “Kalau along masih anggap mama ni ibu along, Along hantar budak tu balik Switzerland.” - PUAN ROKIAH “Mama, Baiduri tak ada sesiapa pun di sana.” - FATINI Walaupun ditentang hebat oleh ibunya, Fatini tetap berkeras menjaga Baiduri. Amanah terakhir arwah ibu Baiduri, Laila mesti disempurnakan. Tak kesah dengan apa cara sekalipun, Fatini bertekad temukan Baiduri dengan ayahnya, Anas. Seperti yang dijangka, Alif muncul sebaik saja tahu kepulangan Fatini. Berkali-kali lamaran Alif ditolak Fatini, Alif tetap tidak putus asa cuba memiliki cinta Fatini. Ke mana saja Fatini pergi, Alif pasti mengejar dirinya. Bagi Fatini, lelaki yang agresif dan panas baran seperti Alif tidak layak dijadikan suami. Perkenalan antara Fatini dan Alif adalah satu kesilapan yang besar. “I dah cakap kan! You takkan dapat lari dari I, Fatini.” - ALIF Kemunculan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa saudara Anas menamatkan kemelut pencarian Anas. “I Romzi! Bapa saudara Anas.” - DATO ROMZI Namun Fatini mula rimas dengan sikap Dato Romzi yang sering menghadiahkan bunga ros merah padanya setiap kali berjumpa. Fatini faham isi hati Dato Romzi di sebalik pemberian bunga ros merah itu. “Saya hormat awak sebagai datuk saudara Baiduri. Kalau awak nak lebih dari tu, matikan saja hasrat awak tu.” - FATINI “Kenapa tak boleh? You single. I pun single. Takkan ada masalah pun kalau kita bercinta.” - DATO ROMZI Kerana cintalah, kehidupan Fatini penuh penderitaan. Mustahil Fatini akan menerima cinta Dato Romzi. Sikap obsess Alif terhadap Fatini semakin menjadi-jadi malah Puan Rokiah pula sering memaksa Fatini menerima lamaran Alif. Mampukah Fatini bertahan dengan tekanan yang diberikan Alif dan Puan Rokiah? Adakah dengan cara menerima cinta Dato Romzi, Fatini akan bebas dari masalahnya? Adakah Dato Romzi benar-benar jujur mencintai Fatini dalam tempoh pertemuan yang singkat ini?