K-Pop Girl: ARMY yang Bertuah!
Publisher,BOOKIUT
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Yana Arissa, seorang gadis berumur 17 tahun, membuat keputusan untuk ke konsert BTS Love Yourself setelah menjadi seorang ARMY kerana dipengaruhi rakan karibnya. Berhadapan konflik dengan ayah tiri dan ibunya di rumah, dia tetap berkeras untuk pergi ke Seoul, sendirian, walaupun selepas ditipu seorang ejen tiket palsu.
Takdir menemukannya dengan seorang nenek di sebuah kedai magis, di mana Yana dapat melihat beribu galaksi. Sebuah buku nota bertukar tangan. Buku nota yang mampu mengubah realitinya.
Dalam realiti baharu, dia adalah seorang stylist kepada Jungkook, BTS. Pada masa yang sama, kehidupannya yang baharu itu mencipta retak yang semakin banyak pada realiti serta membuka pintu kepada dunia baharu. Masa hadapan Yana dan juga BTS kini terancam.
Berjayakah dia menemui jalan keluar dan mencari jawapan yang tersimpan dalam galaksinya?
Sebuah buku yang lain dari yang lain. Buku ini menyelitkan pesanan dan nasihat di setiap perjalanan cerita dan fokus cerita adalah pada watak utama bukan kepada BTS. Banyak nasihat yang boleh dicedok buat adik adik dalam menjalani kehidupan. Satu pendekatan yang bagus dalam menarik minat pembaca muda.
Pada remaja yg minat kpop boleh lah baca buku ni.. Dye menceritakan seorang perempuan yg terlalu minat kpop.. Comel je.. So boleh la layan buku ni sesiapa yg minat kpop ye.. Saranghae 😁
Pada remaja yg minat kpop boleh lah baca buku ni.. Dye menceritakan seorang perempuan yg terlalu minat kpop.. Comel je.. So boleh la layan buku ni sesiapa yg minat kpop ye.. Saranghae 😁