Kadaver

ISBN: 9789671341209
Checking local availability
RM23.00
Product Details

Publisher,Mr. World of Novel
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Mayat tidak pernah menipu, mereka adalah kebenaran tanpa kata...percayalah.

Pawang Teh tidak pernah mengarahkan aku memilih mangsa aku sesuka hati. Dia ada mangsanya yang tersendiri. Mengikut kata dia, hanya dosa hitam sahaja yang mampu menunaikan hajat yang aku pinta dan membunuh orang yang berdosa adalah mulia kerana orang yang berdosa tidak ada syurga baginya. Katanya lagi, aku juga melakukan tugas mulia disamping menunaikan kehendak aku sendiri.

“Kau lupa. Manusia boleh lupa janji. Aku bukan begitu. Aku ingat janji kau sampai mati!”

“Untuk ke syurga, kau harus mati!”

“Dah buat apa yang aku suruh?” tanya Pawang Teh sambil menghisap rokok daun.

Aku mengangguk. Tangan aku memegang perut aku.

“Bagus. Itu saja yang aku mampu bagi. Aku tak mampu pulangkan suami kau. Aku harap, apa yang aku beri itu mampu bantu kau ke hadapan,” kata-kata Pawang Teh itu nampaknya begitu bermakna.

Aku faham. Kematian suami aku itu membuatkan hidup aku tidak keruan. Tambahan pula, anak aku yang dikandung selama 4 bulan tidak dapat diselamatkan. Pawang Tehlah yang menyelesaikan kemurungan aku. Pawang Teh juga yang telah memperturunkan ilmu kejam ini yang telah membantu aku mendapatkan zuriat aku semula.

“Terima kasih,” hanya itu kata-kata yang mampu aku ucapkan.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)