Kaedah Jibril: Teknik Mudah dan Praktikal Menghafaz Al-Quran
Publisher,Pts Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
"Rasulullah berkata, 'Sesungguhnya Allah memiliki kerabat dalam kalangan manusia.' Sahabat bertanya, 'Siapakah mereka, Rasulullah?' Rasulullah menjawab, 'Mereka adalah ahli al-Quran, mereka kerabat Allah dan orang pilihan-Nya.'"
(Direkodkan oleh Ibnu Majah)
Menghafal al-Quran menjadi impian setiap individu Muslim. Ternyata banyak kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang mendalami al-Quran sebagaimana yang diterangkan dalam banyak hadis Rasulullah. Tidak kira berapa usia anda ketika mula menghafalnya, sama ada tua atau muda, sejarah membuktikan, Rasulullah mula menghafal al-Quran pada saat pertama menerima wahyu dan diangkat menjadi rasul iaitu pada usia 40 tahun. Dengan segala kemahuan yang ada, berbekalkan semangat yang jitu, 30 juzuk al-Quran tidak lagi mustahil untuk dihafal.
Kaedah Jibril adalah buku yang mendedahkan teknik hafazan al-Quran untuk golongan awam langkah demi langkah. Segala fakta, teknik dan tip yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis menghafaz al-Quran selama lebih 15 tahun. Ia juga adalah rangkuman interaksi penulis mengajar golongan awam menghafaz al-Quran melalui pelbagai bengkel dan seminar yang dianjurkan. Kaedah dan panduan yang disusun secara santai dan ringkas memudahkan para pembaca memahami langkah-langkah menghafal setiap ayat al-Quran secara praktikal. Membaca buku ini mendorong dan memberi semangat baru kepada mereka yang bercita-cita menjadi hafiz, walau apa jua latar belakang usia!