Kaedah Mudah Belajar Al-Quran Iqra (Besar)
Publisher,Pustaka Azhar
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 250 g
No. of Pages, 80
Amalan membaca al-Quran merupakan suatu keperluan dan juga tanggungjawab secara fadhu ain kepada umat islam untuk mahir membaca al-Quran, apatah lagi memahami dan mengamalkannya. Justeru itu,bukan sahaja isi al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia, malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan merupakan satu ibadat.
Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah menyatakan bahawa "al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peirngkat awal, kerana membaca al-Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak". Yusof Qaradhawi, (2010) menegaskan antara manfaat membaca dan menghafal al-Quran pada masa kanak-kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca huruf dengan tepat dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj hurufnya.
Kaedah Mudah Belajar al-Quran Iqra' merupakan kaedah yang mudah bagi kanak-kanak di peringkat awal untuk mengenal huruf dan mempelajari hukum-hukum tajwid berdasarkan kaedah BAGHDADIYAH yang sedia ada dan berpandukan penulisan RASM UTHMANI.