Kahwin Kampus
Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,
Ayah terpaksa berpindah dan Nur Zulaikha harus tinggal bersama Nanny. Tapi, syarat perpindahan itu cukup payah. Ika perlu mengahwini Muhammad Nadzim Shah kerana mereka akan serumah.
Bagaimana untuk berkahwin dengan Abang Shah kalau selama ini Ika menganggap lelaki itu sebagai abang sendiri? Lagipun, Ika sudah ada Faez. Lebih penting lagi, Abang Shah juga sudah ada Shira, si rambut karat yang vogue itu.
Tapi yang peliknya, kenapa Abang Shah setuju?
“Betul ke Abang Shah setuju kita bernikah?”
“Ya, memang betul abang setuju!”
Apa lagi yang Ika boleh kata kalau hanya dia saja yang membantah. Berkeras macam manapun, pilihan ayah tetap Abang Shah, bukan Faez.
Perkahwinan mereka menjadi rahsia kerana Ika masih belajar. Duduk sebumbung hanya di hujung minggu. Status suami isteri hanyalah di atas kertas.
Tapi, bila tiba-tiba Shira muncul menuntut Shah tunaikan janji, kenapa hati Ika mula terasa pedih?
“Ika setuju!” – Ika
“Apa yang Ika setuju?” – Shah
“Ika setuju abang kahwin dengan Shira, tapi lepaskan Ika.” - Ika
Apa akan berlaku pada rumah tangga mereka jika Shira berterusan menuntut janji dari Shah untuk mengahwininya?
Mampukah Ika mempertahankan haknya atau terpaksa rela menerima keputusan Shah?