Kaifiat Khatam Al-Quran Tahlil & Doa

ISBN: 9786299526605
Checking local availability
RM10.90
Product Details

Publisher,Pustaka Affrina Maju
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / QURAN/TAFSIR & HADIS

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Majlis khatam al-Qur'an ialah satu majlis yang mulia dalam Islam. Majlis ini dilakukan oleh umat Islam setelah mereka tamat membaca al-Qur'an. Umat Islam biasanya mengadakan majlis khatam al-Qur'an di akhir bulan Ramadhan. Ini kerana setiap kali menjelang bulan Ramadhan umat Islam akan mula membaca al-Qur'an secara beramai-ramai atau secara individu.

Kelebihan khatam al-Qur'an ini telah ditekankan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: "Apabila dikhatamkan Al-Qur'an, maka turunlah rahmat Allah (HR at-Thabrani dan Ibnu Abi Syaibah dari Mujahid)

Dalam hadits riwayat ad-Darimy, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa telah membaca Al-Qur'an (khatam) kemudian dia berdoa, maka ada 4,000 malaikat mengaminkan doanya." (HR ad-Darimy)

Bahkan lebih dahsyat lagi, keistimewaan berdoa ketika khatam Al-Qur'an juga disebutkan dalam hadis riwayat ad-Dailamy, "Apabila seorang hamba telah mengkhatamkan Al-Qur'an, maka akan hadir 60,000 malaikat yang membacakan istighfar untuknya saat khatam Al-Qur'an tersebut." (HR ad-Dailamy)