KALIMAH ALLAH UNTUK SIAPA?
Publisher,UNKNOWN
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kalimah ALLAH hanya untuk umat yang bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah.
Allah ialah nama Tuhan yang pertama kali dikenal oleh manusia ketika Adam as diciptakan. Namun seiring tersebarnya anak cucu Adam terjadi penyimpangan terhadap ajaran-ajaran yang pertama kali dibawa oleh para rasul dan nabi. Manusia mula menyembah berhala dan mencampurkan ajaran tauhid dengan pelbagai nilai yang mengandungi unsur kesyirikan.
Maka wajar, jika nama Allah juga telah dikenal oleh orang musyrikin Arab sebelum kedatangan Islam. Al-Quran juga menggunakan nama Allah. Namun begitu, nama Allah yang digunakan di dalam al-Quran bersih dan suci daripada konsep unsur-unsur syirik. Tidak seperti yang difahami oleh kaum musyrikin Arab dan penganut agama Kristian ketika ini. Untuk memahami kesucian lafaz dan makna Allah, haruslah dilakukan melalui pemahaman terhadap wahyu Allah yang diturunkan kepada nabi terakhir, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Untuk mengenal Allah secara murni (tauhid) kita harus mengakui kerasulan Nabi Muhammad kerana baginda adalah utusan terakhir Allah yang bertugas menjelaskan siapa Allah, nama dan sifat-sifat-Nya serta cara untuk beribadah kepada-Nya.