Kami (Bukan) Sarjana Kertas
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
"Kalian nak jadi apa selepas lulus? Sarjana Kertas? Pintar di atas kertas, tapi tak boleh hadapi dunia nyata?"
Selamat datang ke kampus UDEL – sebuah institusi "hidup segan, mati tak mahu". Tempat berkumpulnya para mahasiswa "hujung tebu", golongan buangan yang terpaksa masuk kuliah demi sekeping ijazah.
Kita mengikuti perjalanan enam anak muda. Ogi si pemalas, Ranjau yang mengejar darjat dan gaji tinggi, Gala anak hartawan; juga Arko, Juwisa dan Sania yang masing-masing membawa beban impian dan rahsia menyesakkan.
Di bawah bimbingan Bu Lira, seorang pensyarah eksentrik yang menggunakan "bom tikus" untuk mengajar tentang kejamnya dunia, mereka dicabar untuk terus bermimpi.
Sebuah naskhah yang mengkritik tajam institusi pendidikan tinggi, jurang kelas sosial dan sisi gelap dunia akademik. Namun, adakah mereka semua akan berjaya menggapai visi?