KAMPUNG GIRL
Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages, 547
Perkahwinan diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?!
Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa...
Pilihan Staf:
Santai dan plot serita yang agak menarik. Ashraf yang terlalu taksub dengan dunia bandar dan kekayaan keluarganya. Ego sehingga merasakan dia sahaja yang betul. Sabar dan tabahnya Ainnur menagkis setiap hinaan dan cercaan Ashraf akhirnya mampu menundukkan ego sang suami. Sebagai pengajaran, kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap kebolehan orang lain. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan menilai seseorang hanya dari luaran sahaja.