Kandungan Kamus Pengetahuan Islam edisi baharu ini meliputi semua bidang ilmu wahyu Islam seperti tafsir, hadis, fiqah, tajwid, akidah dan ilmu-ilmu yang bersangkutan dengannya, iaitu ulum at-tafsir, ulum al-hadis, rijal al-hadis, usul fiqah, sirah dan lain-lain, termasuk juga peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam, tokoh-tokoh ulama, pemimpin-pemimpin politik Islam dan lain-lain.