Kasih Bertamu (Belum Waktu)
Publisher,Karystos Creative
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Satu cinta yang mendekatkannya dengan maut
Satu cinta yang diharamkan untuk bernikah
Satu cinta tulus dan suci yang selama ini tidak dipandangnya...
Bahirah ditinggalkan di rumah anak-anak yatim pada usia 4 tahun. Walaupun punyai ibu saudara yang terlalu sayang dan ingin menjaganya, namun atas permintaan terakhir arwah abahnya, maka Bahirah terpaksa dihantar ke rumah anak-anak yatim. Dia juga tidak dibenarkan untuk dilawati oleh sesiapa pun.
23 tahun kemudian, kerana wasiat juga dia bertemu semula dengan ibu saudaranya. Pertemuan yang merubah kehidupan Bahirah. Bahirah merupakan waris dan juga salah seorang pemilik sebuah syarikat hartanah terkenal di ibukota.
Dalam mengharungi kehidupan yang baru, Bahirah dipertemukan dengan tiga pemuda yang telah memperkenalkannya dengan cinta.
Bagaimana Bahirah menempuhi segala onak duri dalam kehidupan barunya? Bagaimana pula penerimaan ahli keluarga ibu saudaranya terhadap dirinya?
Sesungguhnya…rezeki, jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua di tangan Allah SWT.