Katakan Kau Cinta

ISBN: 9789670535531
Checking local availability
RM19.90
Product Details

Publisher,Buku Prima
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Norisha Barbara Jane, gadis berdarah kacukan yang lahir hasil hubungan luar nikah ibu dan bapanya meletakkan dirinya gadis yang cukup malang. Dibuang keluarga sendiri, dipulau orang kampung malah menjadi mangsa kebencian kakak tirinya sendiri. Nur Izham Syah, lelaki bekerja dan egois. Cinta baginya adalah permainan.

Kemalangan yang tidak disengajakan telah menerbitkan rasa dendam Izham kepada Norisha. Gadis itu perlu mendapat balasan di atas apa yang terjadi. Kehilangan Kartini (kakak tiri Norisha) pada hari pernikahan mereka umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Untuk merealisasikan rancangan jahat itu, Norisha perlu menjadi pengantinnya. Kerana budi yang ditabur demi menjaga maruah, Norisha sanggup menjadi pengantin kepada lelaki yang tidak dikenali.

Mampukah perkahwinan berasaskan dendam melahirkan bibit cinta antara mereka? Dan apa yang bakal terjadi apabila Farid, lelaki yang tidak jemu menagih cinta Norisha hadir? Lebih parah lagi apabila Kartini merebut kembali pengantin lelaki. Berjayakah rancangan jahatnya untuk membunuh Norisha?

“Kalau tak kerana kau pernah menjatuhkan air muka aku tempoh hari, aku takkan kahwin dengan kau. Kalau tak kerana Kartini tinggalkan perkahwinan itu, perkahwinan ini tak mungkin berlaku dan kalau tak kerana aku berdendam dengan kau, tak ingin aku berkahwin dengan kau, kau tahu tak? Bagi aku, perkahwinan ini tak penting. Apa yang penting, dendam aku terbalas.”
– Norizham Syah

“Norisha, walaupun hanya berbaju kurung, namun dia tetap seksi, sopan dan cantik. Tak macam kau, pakaian macam bungkus nangka. Dan aku rasa kalau kau telanjang sekalipun, belum tentu Izham akan tersangkut. Memang patut pun Izham tinggalkan kau.” – Farid Iskandar

 


 

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)