Katakan Ya, Talia!

ISBN: 9789670535036
Checking local availability
RM15.00
Product Details

Publisher,MPH Online
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

 TALIA, akan menduduki peperiksaan SPM, tetapi menghadapi masalah di sekolah dan tidak mempunyai hubungan baik dengan ibunya. Dia selalu menganggap setiap nasihat daripada ibunya sebagai leteran sahaja.

Oleh itu, Talia merancang untuk tinggal bersama bapanya di England. Walhal, dia mempunyai seorang ibu tiri berbangsa Inggeris. Selama ini, dia sangat membenci bapanya dan menganggap ibu tirinya sebagai perampas kebahagiaan hidup.

Ketika jiwa Talia sedang kacau, Jazly, pelajar kacak kacukan Inggeris-Melayu menjadi pelajar baru dalam kelas Talia. Talia mulai berkawan baik dengan Jazly kerana mereka turut aktif dalam Persatuan Bahasa Inggeris di sekolah. Namun, Leila, anak orang kaya lagi bergaya cuba untuk menarik perhatian Jazly membuatkan Talia berasa terpinggir.

Dalam masa yang sama, Areef memang menaruh hati pada Talia. Areef sentiasa hadir pada saat-saat genting Talia memerlukan bantuan. Biarpun Talia mempunyai rakan akrab bernama Farhan tetapi Talia berasa betapa dia perlu meninggalkan tanah air. Talia nekad. Talia tiba di Kota London bersendirian. Talia semakin menyesuaikan diri dengan London.

Namun, tiba-tiba Talia mendapat perkhabaran yang sangat menyentuh nalurinya. Talia terpaksa membuat satu keputusan. Keputusan itu akan mengubah hidup Talia. Talia hanya perlu berkata, ‘Ya.'

Apakah perkhabaran yang diterima Talia? Apakah yang bakal mengubah hidup Talia?

 

 

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)