Kau dan Aku
Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,
“You ingat I ke yang curang dengan you, Qadri? I yang tak kotakan janji? I yang tak bersedia untuk pikul tanggungjawab? Siapa yang berjanji untuk berubah? I ke yang tak sedia tinggalkan segala kebebasan? Tak cukup dengan janji yang tak ditunaikan, berpeleseran pula dengan gadis-gadis! Itu I ke, Qadri?” – MIN NUR KESHA.
“Jadi, beri I peluang untuk betulkan salah I.” – LUTH QADRI.
Pertemuan semula antara Min Nur Kesha dan Luth Qadri selepas lima tahun terputus hubungan mencetuskan perasaan tidak selesa dalam hati gadis itu. Sikap kaki perempuan Luth Qadri yang suka berpeleseran di kelab malam telah menyebabkan pertunangannya dengan Min Nur Kesha seolah-olah samar-samar dan tiada arah tujuan.
“I tak simpan cincin tu, dah lama campak ke laut!” – MIN NUR KESHA.
“Campak ke laut? Kalau dah campak ke laut, kenalah ganti cincin yang sama bentuknya.” – LUTH QADRI.
Atas tiket perhubungan kekeluargaan, Min Nur Kesha dan Luth Qadri kembali bertemu di bawah satu bumbung. Min Nur Kesha terjebak semula dengan sejarah hidupnya bersama Luth Qadri. Pabila berhadapan dengan Luth Qadri, Min buat tak kenal. Luth Qadri pula selamba dan hanya ikut rentak Min Nur Kesha. Kemunculan teman lama Min, ARMAN ASHRAF pada saat Luth Qadri menagih kembali cintanya terhadap Min menambahkan lagi konflik kisah cinta mereka.
Lalu…dapatkah Luth Qadri memiliki semula cinta sejati Min Nur Kesha setelah pertunangan mereka sebelum ini dilangsungkan tanpa pengetahuan pihak keluarga perempuan. Siapakah yang bakal menjadi teman hidup Min? Adakah kekal untuk Luth Qadri? Ataupun Arman Ashraf yang juga menagih harapan?