Kau Jelita
Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kata Nisa, dia tak cantik. Tapi kata orang, cantik tu subjektif, tak sama mengikut mata pemiliknya. Hidupnya biasa-biasa saja, pergi kerja balik kerja naik kenderaan awam. Tapi gara-gara dia diminta oleh bosnya yang macho itu bancuh air kopi, hidupnya berubah 360 darjah. Terbalik macam kura-kura tergolek!
Semuanya dek kerana air kopi yang dibancuh dengan penuh kasih sayang dan disertakan jampi serapah itu telah tersalah ‘sasaran'. Peliknya, dia bukan jampi betul-betul pun. Jampi olok-olok saja tapi, nampak macam menjadi pula.
Sebabnya...
1. Mamat yang terminum ‘air kopi jampinya' itu mula mengganggu hidupnya.
2. Nisa yang solo tiba-tiba menjadi ‘tunang' mamat tu tanpa dia sendiri tahu.
3. Dalam tak rela, Nisa terpaksa sign kontrak OG a.k.a ‘ kontrak orang gaji' pada mamat tu.
Serius, dia trauma dengan mamat tu. Tapi masa yang sama, bila tak nampak mamat tu, dia jadi rindu. Mungkinkah jampi serapahnya terpantul pada diri sendiri?
Lebih parah lagi, masa yang sama juga, bosnya si Waqif yang macho kegilaan ramai tu, tiba-tiba melamar dia untuk menjadi kekasih hati.
Nisa jadi pelik. Angin tak ada, ribut pun pakar kaji cuaca tak kata nak melanda tiba-tiba ada yang tawar dia jadi awek. Jadinya, dia nak pilih siapa? Waqif tu memang dia dah lama ‘idamkan'. Tapi, hati dia asyik teringat mamat tu. Agak-agak, Nisa akan pilih siapa?