Kau Tetap Kupuja

ISBN: 9789672902478
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 464

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Jika pungguk rindukan bulan, aku pula rindukan kamu. Pemergian Aminuddin Chik secara tiba-tiba bukan sekadar memberi kesedihan, malah mengundang seribu satu pertanyaan. Siapakah pewaris lelaki itu? Jika ada, siapakah gerangannya? Apakah nasib yang akan menimpa ke atas Restoran AC Tok Mi?

“Ya. Aku cucu tunggal Aminuddin Chik.” - Qamar Andika

Pengakuan daripada cef selebriti terkenal itu menyebabkan pertengkaran mula terjadi. Andika ingin melenyapkan masa lalunya dengan menjual restoran milik datuknya itu.

“Kalau Tok Mi tak pernah hargai encik sebagai darah daging dia, kenapa dia wasiatkan restoran tu kepada encik?”- Laila

“Pembetulan. Dia wasiatkan kepada aku dengan kau. Kau tu siapa?” - Andika

Bagi Laila Kirana, restoran itu sebahagian daripada jiwanya. Apa pun yang terjadi, dia tetap akan pertahankannya. Kerana kedegilan gadis itu, Andika seperti berada di jalan mati. Hanya satu pilihan yang dia ada iaitu membangunkan semula Restoran AC Tok Mi. Tanpa Andika sedari, Laila yang tidak pernah mengenal erti putus asa itu berjaya mengawal degupan jantungnya. Hati yang selama ini sepi tidak berpenghuni mula berseri-seri.

“Kenapa kau tak beritahu awal-awal yang kau sakit?” - Andika

“Saya tak nak Arm risau. Saya tak nak dia rasa bersalah. Dia dah lalui macam-macam hari ni. Saya tak nak dia...” - Laila

“Habis tu, kau buat aku risau, tak apa?” - Andika

Laila terdiam. Ganti hatinya pula yang berbicara cinta. Malangnya, apa yang indah itu selalunya sementara. Kerana peristiwa hitam pada malam itu, Laila berubah. Akan tetapi, apa yang terjadi langsung tidak mengubah perasaan Andika terhadap Laila.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)