Kaunseling Daripada Perspektif Islam dan Barat
Publisher,Penerbit USIM
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 184
Pengasingan agama daripada bidang psikologi telah lama dilakukan oleh pakar psikologi Barat dalam pembentukan teori dan penulisan. Pengasingan ini disebabkan oleh faktor seperti sejarah, aliran pemikiran tokoh psikologi dan juga kemajuan sains.
Kaunseling daripada perspektif Islam semakin berkembang kerana kaunseling Barat yang sedia ada tidak dapat disesuaikan dengan kefahaman dan kepercayaan masyarakat Islam.
Buku ini amat menarik kerana membincangkan sejarah, persamaan, perbezaan serta keperluan dalam kaunseling daripada perspektif Islam dan Barat. Pembaca dapat memahami dengan lebih jelas konsep asas psikoterapi Islam dan aplikasi teknik kaunseling daripada perspektif Islam dan Barat.