Kaunseling Motivasi dalam Penyalahgunaan Dadah
Publisher,Dewan Bahasa & Pustaka
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kaunseling motivasi ialah satu strategi rawatan dalam penyalahgunaan dadah masa kini. Kaunseling motivasi secara khusus dalam penulisan ini dikenali sebagai Adaptasi Motivational Interviewing (AMI). Rawatan ini bersifat direktif untuk menjana motivasi intrinsik ke arah perubahan tingkah laku melalui penerokaan dan penyelesaian ketidakpastian klien. Falsafah orientasinya berdasarkan empati dan disokong dengan konsep asas, prinsip dan kemahiran tertentu yang menjadi teras pelaksanaannya. Kaunseling motivasi bermatlamat mengenal pasti tahap kesediaan klien untuk berubah agar rawatan dapat tentukan mengikut keperluan klien.
Buku ini juga menjelaskan pelbagai kemahiran yang perlu diaplikasikan oleh kaunselor. Penulisan ini turut mengutaarakan satu modul pelaksanaan kaunseling berstruktur empat sesi strategi AMI yang boleh menjadi panduan kepada individu bukan pakar dalam kaunseling penyalahgunaan dadah. Perbincangan tentang AMI sebagai satu bentuk rawatan yang berasaskan bukti dan kaedah rawatan terbaik turut diutarakan bagi menyokong AMI sebagai strategi kontemporari masa kini. Buku ini ditulis sebagai permulaan ke arah perbincagan tentang pelaksanaan AMI di Malaysia kerana setakat ini tidak ada sebarang penulisan yang membincangkan strategi ini.