Kayuh Mengejar Horizon
Publisher,Terfaktab Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages,
Apakah kemerdekaan pada kau? Kebebasan untuk baring sepanjang hari tanpa berbuat apa-apa atau kebebasan buat benda yang kau nak buat selama ni (tapi tak buat-buat)?
Untuk Kemerdekaan yang ke-58, aku ambil basikal, pack baju sikit dan pergi berkayuh satu Semenanjung seorang diri. Satu kebebasan dan kemerdekaan yang sebenar apabila seorang budak gemuk berjaya (ataupun gagal) buat semua ini.
Kau yang kurus pun tidur sepanjang Hari Merdeka. Kena gelak je dengan penjajah kalau diorang tahu.
Ini boleh jadi buku travelog, juga boleh jadi buku risk-management.
Kayuh: Mengejar Horizon merupakan buku himpunan catatan Azraei Muhamad yang berbasikal menjelajah Semenanjung Malaysia pada tahun 2015 yang lalu. Buku ini mengandungi pelbagai pendedahan tentang tempat-tempat menarik di Malaysia serta filsuf sosial Azraei terhadap tempat-tempat yang dikunjunginya terutama dari segi budaya dan makanan.